Pages


>

Tuesday, May 18, 2010

Hak Bersuara

Pengguna berhak untuk bersuara.
Hak pengguna beerti hak untuk mendapat pendapat sama ada secara individu atau melalui perwakilan dalam proses mengubal dan melaksanakan polisi kerajaan.

Sebagai pengguna kita harus sedar akan kuasa kita untuk mengkritik. Pengguna perlu berwaspada dan mempersoalkan tentang harga dan kualiti barang serta perkhidmatan yang digunakan. Jika sesuatu barang atau perkhidmatan yang diterima tidak berkualiti, pengguna harus manyuarakan pendapat bagi mendapat barang dan perkhidmatan yang memuaskan.

Pengguna boleh membuat aduan sekiranya tidak berpuas hati terhadap mutu atau barang perkhidmatan yang telah dibeli.

Cara Untuk Membuat Aduan

1. Aduan Secara Terus
  •      Bawa barang dan resit sebagai bukti pembelian ke kedai atau premis perniagaan.
  •      Beruding dengan penjual atau pengurus kedai.
  •      Sekiranya aduan tidak dilayan, buat aduan bertulis kepada penguat kuasa atau Kementerian Perdagangan  Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHP).
2.Aduan Bertulis
  • Simpan semua maklumat yang berkaitan dengan urusan di dalam fail.
  • Dapatkan bukti tentang masalah yang dihadapi.
  • Kumpulkan data atau statistik berkaitan aduan.
  • Rujuk undang-undang berkaitan.
  • Buat aduan dengan ringkas serta lampirkan surat sokongan.
  • Catatkan mengikut kronlogi dan pastikan membuat tindakan susulan.


Wednesday, May 12, 2010

Ikuti Facebook bijakbijak.co.cc

Salam Sejahtera pembaca budiman.
Saya mengalu-alukan anda untuk mengikuti laman Facebook bijakbijak.co.cc.
Pastikan anda mengikuti facebook kami agar anda tidak ketinggalan malumat-maklumat dari bijakbijak.co.cc.

Pastikan pembaca sekalian mengikuti (follow) blog ini untuk lebih maklumat.

EDITOR

Hak Mendapat Maklumat

Pengguna berhak diberi malumat yang mencukupi dan tepat bekaitan barang dan perkhidmatan uang hendak dibeli bagi memudahkan pengguna membuat keputusan yang bijak.

Antara maklumat yang perlu dipamerkan pada label sesuatu barang ialah:-
-Nama pengeluar
-Jenama
-Tanda harga
-Berat
-Kuantiti
-Kandungan
-Tarikh luput












Maklumat yang tepat penting agar pengguna dapat membuat pilihan yang baik.
Pengguna berhak dilindungi daripada mendapat maklumat palsu dalam pengiklanan, perlabelan dan amalan lain.

Akta Perihal Dagangan 1974 (pindaan1982) melarang pengeluar memberi maklumat palsu. Akta ini akan memberi hak kepada pengguna untuk mendapat keterangan yang benar dan tepat berkenaan barang ayau perkhidmatan

Akta Kawalan Harga 1946 (pindaan) pula mewajibkan barangan dilabel dengan harga yang tidak melebihi harga maksimum yang ditetapkan oleh kerajaan. Pengguna berhak menuntut kembali harga lebihan yang dikenakan sekiranya pengguna dikenakan harga yang lebih tinggi daripada harga maksimum yang ditetapkan.

Thursday, May 6, 2010

Panduan Membeli SOFA

Salam muhibah.
Hari ini saya akan berkonsi beberapa maklumat mengenai panduan membeli sofa.

Pilih sofa yang menarik dan berpatutan.


-Tentukan bajet yang sesuai untuk sofa yang bakal di beli.
Beli sofa yang tidak terlalu mahal mengikut kemampuan.

-Mengenal pasti tahap kegunaan perabot di ruang tamu.
Misalnya, jika anda kerap menggunakan sofa tersebut, pilihlah sofa yang tahan lasak yang boleh menampung pelbagai saiz berat.

-Tentukan sama memilih sofa jenis melekat atau asing.

-Kenal pasti bahan yang digunakan sama ada ia campuran bahan berbusa,gentian atau kekabu.
Bahan berbusa adalah terbaik kerana dapat mengekalkan bentuk.

-Ambil kira kekuatan jahitan, kemantapan kaki sofa, sama ada ianya rata dan cukup mantap.

-Pastikan kekukuhan tempat meletak tangan.

-Periksa rangka kayu bagi memastikan ia cukup kuat.

-Cuba duduk di sofa yang bakal dibeli untuk memastikan ianya selesa.

-Pilih sofa yang memiliki tenunan rapat. Cara untuk memastikannya adalah dengan menggosok tangan anda pada kain itu.

-Pilih sofa yang warnanya tidak lari dengan warna dinding.


-Ambil kira kesesuaian ruang.

-Ambil juga kesuaian gaya.
Gaya moden menampilkan sofa yang rata dan rendah.

Wednesday, April 28, 2010

Hak Mendapat Alam sekitar Yang Sihat & Selamat

     Pengguna berhak hidup dan bekerja dalam suatu alam sekitar yang bersih, berudara nyaman dan bebas daripada sebarang ancaman yang memudaratkan kesihatan serta tidak mengganggu ketenangan jiwa.

     Pengguna dan pengeluar memiliki tanggungjawab masing-masing untuk memelihara dan memulihara alam sekitar agar alam sekitar sentiasa bersih daripada sebarang pencemaran. Pengilang harus memastikan proses pengeluaran tidak menjejaskan kualiti alam sekitar. Pengilang harus menggunakan cara pengeluaran yang tidak merosakkan alam sekitar seperti alat penapisan asap pada cerombong asap. pengilang juga harus mencari alternatif terbaik bagi pembuangan sisa sampah supaya tidak menjejaskan alam sekitar.


Persekitaran yang bersih menyenangkan fikiran.
    Pengguna juga bertanggungjawab untuk menjaga alam sekitar dan alam semula jadi. Pengguna bertanggungjawab untuk mengetahui kesan terhadap persekitaran akibat perbuatan mereka. Pengguna harus sedar akan kepentingan menjaga alam sekitar agar muka bumi dapat dilindungi untuk tatapan generasi akan datang.

projek kitar semula membantu mewujudkan alam sekitar yang bersih dan sihat
pencemaran air akibat kilang.

Akta Mutu Alam Sekitar 1974
   Akta ini digubal untuk menjaga pencemaran alam sekitar yang dilakukan perseorangan, pengurus kilang dan seumpamanya. Akta ini melarang sesiapa sahaja membakar sampah sarap dan bahan buangan di kawasan terbuka. Selain itu, individu yang membuang sampah merata-rata akan di denda dalam bentuk wang.

Akhir kata, bersama-sama lah kita menjaga alam sekitar kita.

Tuesday, April 20, 2010

Hak Mendapat Keperluan Asas

Pengguna mempunyai hak untuk mendapat keperluan asas. Antara contoh keperluan asas ialah makanan, pakaian, tempat tinggal, pendidikan dan keselamatan.


Pengguna sering kali keliru untuk membezakan antara keperluan asas dan kehendak.
Saya akan cuba menerangkan perbezaan antara keperluan asas dan kehendak
Keperluan asas ialah sesuatu yang diperlukan untuk terus hidup seperti makanan serta pendidikan.
Makanan Merupakan Contoh Keprluan asas.
Kehendak pula ialah keinginan terhadap barangan mewah yang boleh menambah keselesaan dan meningkatkan status seseorang. Contoh kehendak ialah kereta mewah, rumah banglo dan set audio dan video yang canggih.
Set audio canggih.


Jadual dibawah menunjukkan perbezaan antara keperluan asas dan kehendak.

Keperluan Asas
Kehendak
Terhad dan mudah dipenuhi.
Tidak terhad dan sukar dipenuhi.
Diperlukan untuk terus hidup.
Dikehendaki untuk kehidupan yang lebih selesa.
Sama bagi setiap individu.
Berbeza antara setiap manusia.


       Ketika berbelanja, pengguna harus bijak Mengenal pasti keperluan asas dan kehendak agar tidak terlalu membazir. Jika pengguna ke pasaraya seperti di Jusco, pengguna harus mengutamakan membeli keperluan asas. Sekiranya ada lebihan wang, barulah pengguna boleh meneruskan hasrat untuk membeli barang kehendak. Tetapi ingat, jangan terlalu banyak membeli barang keperluan asas sehingga tidak mampu di habiskan.

Friday, April 9, 2010

My Pengguna - PERTANDINGAN BLOG KEPENGGUNAAN

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera.

PERTANDINGAN BLOG KEPENGGUNAAN - Terbuka kepada Sekolah Menengah/IPTA/Swasta/ Maktab/Kolej

Kategori A: Sekolah Menengah
Kategori B: IPTA/Swasta/ Maktab/ Kolej

TEMA : HAK PENGGUNA - Penggunaan tema hendaklah menyentuh 8 HAK  PENGGUNA seperti :-
  1. Hak untuk mendapat keperluan asas
  2. Hak untuk mendapat keselamatan
  3. Hak untuk mendapat maklumat
  4. Hak untuk membuat pilihan
  5. Hak untuk mendapat ganti rugi
  6. Hak untuk menyuarakan pendapat
  7. Hak untuk mendapat pendidikan kepenggunaan
  8. Hak untuk mendapat alam sekitar yang sihat.
Maklumat untuk membina blog, sila layari www.kkk.org.my, www.fomca.org.my, www.switch.org.my, www.standardsusers.org, www.nccc.org.my
Syarat pertandingan blog kepenggunaan - terbuka kepada sekolah menengah/ipta/swasta/ maktab/kolej
  1. Blog hendaklah menggunakan Bahasa Malaysia sahaja. Sumber atau topik perbincangan boleh menggunakan Bahasa Inggeris.
  2. Peserta blog hendaklah memuatkan maklumat terkini mengenai isu-isu kepenggunaan
  3. Blog mengambilkira kekerapan penyertaan/penglibatan daripada orang awam, kreativiti, menarik, penggunaan bahasa, jumlah pelawat dan kumpulan sasaran.
  4. Peserta blog boleh menghantar alamat blog penyertaan melalui email kepada urusetia@mypengguna.com This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it bersama-sama borang penyertaan pertandingan. Penghantaran maklumat melalui pos juga diterima.
  5. Semua penyertaan hendaklah dihantar kepada pihak penganjur pada atau sebelum 18 Jun 2010
Hadiah bagi pertandingan blog kepenggunaan - terbuka kepada sekolah menengah/ipta/swasta/ maktab/kolej
Bagi Kategori A: Sekolah Menengah
  1. Hadiah Pertama: RM 1,500.00 dan sijil penyertaan
  2. Hadiah Kedua: RM: 1,000.00 dan sijil penyertaan
  3. Hadiah Ketiga: RM 750.00 dan sijil penyertaan
  4. 10 hadiah sagu hati: RM 200.00 dan sijil penyertaan
Bagi Kategori B: IPTA/Swasta/ Maktab/ Kolej
  1. Hadiah Pertama: RM 2,000.00 dan sijil penyertaan
  2. Hadiah Kedua: RM 1,500.00 dan sijil penyertaan
  3. Hadiah Ketiga: RM 1,000.00 dan sijil penyertaan
  4. 10 hadiah sagu hati: RM 200.00 dan sijil penyertaan