Pages


>

Wednesday, April 28, 2010

Hak Mendapat Alam sekitar Yang Sihat & Selamat

     Pengguna berhak hidup dan bekerja dalam suatu alam sekitar yang bersih, berudara nyaman dan bebas daripada sebarang ancaman yang memudaratkan kesihatan serta tidak mengganggu ketenangan jiwa.

     Pengguna dan pengeluar memiliki tanggungjawab masing-masing untuk memelihara dan memulihara alam sekitar agar alam sekitar sentiasa bersih daripada sebarang pencemaran. Pengilang harus memastikan proses pengeluaran tidak menjejaskan kualiti alam sekitar. Pengilang harus menggunakan cara pengeluaran yang tidak merosakkan alam sekitar seperti alat penapisan asap pada cerombong asap. pengilang juga harus mencari alternatif terbaik bagi pembuangan sisa sampah supaya tidak menjejaskan alam sekitar.


Persekitaran yang bersih menyenangkan fikiran.
    Pengguna juga bertanggungjawab untuk menjaga alam sekitar dan alam semula jadi. Pengguna bertanggungjawab untuk mengetahui kesan terhadap persekitaran akibat perbuatan mereka. Pengguna harus sedar akan kepentingan menjaga alam sekitar agar muka bumi dapat dilindungi untuk tatapan generasi akan datang.

projek kitar semula membantu mewujudkan alam sekitar yang bersih dan sihat
pencemaran air akibat kilang.

Akta Mutu Alam Sekitar 1974
   Akta ini digubal untuk menjaga pencemaran alam sekitar yang dilakukan perseorangan, pengurus kilang dan seumpamanya. Akta ini melarang sesiapa sahaja membakar sampah sarap dan bahan buangan di kawasan terbuka. Selain itu, individu yang membuang sampah merata-rata akan di denda dalam bentuk wang.

Akhir kata, bersama-sama lah kita menjaga alam sekitar kita.

Tuesday, April 20, 2010

Hak Mendapat Keperluan Asas

Pengguna mempunyai hak untuk mendapat keperluan asas. Antara contoh keperluan asas ialah makanan, pakaian, tempat tinggal, pendidikan dan keselamatan.


Pengguna sering kali keliru untuk membezakan antara keperluan asas dan kehendak.
Saya akan cuba menerangkan perbezaan antara keperluan asas dan kehendak
Keperluan asas ialah sesuatu yang diperlukan untuk terus hidup seperti makanan serta pendidikan.
Makanan Merupakan Contoh Keprluan asas.
Kehendak pula ialah keinginan terhadap barangan mewah yang boleh menambah keselesaan dan meningkatkan status seseorang. Contoh kehendak ialah kereta mewah, rumah banglo dan set audio dan video yang canggih.
Set audio canggih.


Jadual dibawah menunjukkan perbezaan antara keperluan asas dan kehendak.

Keperluan Asas
Kehendak
Terhad dan mudah dipenuhi.
Tidak terhad dan sukar dipenuhi.
Diperlukan untuk terus hidup.
Dikehendaki untuk kehidupan yang lebih selesa.
Sama bagi setiap individu.
Berbeza antara setiap manusia.


       Ketika berbelanja, pengguna harus bijak Mengenal pasti keperluan asas dan kehendak agar tidak terlalu membazir. Jika pengguna ke pasaraya seperti di Jusco, pengguna harus mengutamakan membeli keperluan asas. Sekiranya ada lebihan wang, barulah pengguna boleh meneruskan hasrat untuk membeli barang kehendak. Tetapi ingat, jangan terlalu banyak membeli barang keperluan asas sehingga tidak mampu di habiskan.

Friday, April 9, 2010

My Pengguna - PERTANDINGAN BLOG KEPENGGUNAAN

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera.

PERTANDINGAN BLOG KEPENGGUNAAN - Terbuka kepada Sekolah Menengah/IPTA/Swasta/ Maktab/Kolej

Kategori A: Sekolah Menengah
Kategori B: IPTA/Swasta/ Maktab/ Kolej

TEMA : HAK PENGGUNA - Penggunaan tema hendaklah menyentuh 8 HAK  PENGGUNA seperti :-
  1. Hak untuk mendapat keperluan asas
  2. Hak untuk mendapat keselamatan
  3. Hak untuk mendapat maklumat
  4. Hak untuk membuat pilihan
  5. Hak untuk mendapat ganti rugi
  6. Hak untuk menyuarakan pendapat
  7. Hak untuk mendapat pendidikan kepenggunaan
  8. Hak untuk mendapat alam sekitar yang sihat.
Maklumat untuk membina blog, sila layari www.kkk.org.my, www.fomca.org.my, www.switch.org.my, www.standardsusers.org, www.nccc.org.my
Syarat pertandingan blog kepenggunaan - terbuka kepada sekolah menengah/ipta/swasta/ maktab/kolej
  1. Blog hendaklah menggunakan Bahasa Malaysia sahaja. Sumber atau topik perbincangan boleh menggunakan Bahasa Inggeris.
  2. Peserta blog hendaklah memuatkan maklumat terkini mengenai isu-isu kepenggunaan
  3. Blog mengambilkira kekerapan penyertaan/penglibatan daripada orang awam, kreativiti, menarik, penggunaan bahasa, jumlah pelawat dan kumpulan sasaran.
  4. Peserta blog boleh menghantar alamat blog penyertaan melalui email kepada urusetia@mypengguna.com This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it bersama-sama borang penyertaan pertandingan. Penghantaran maklumat melalui pos juga diterima.
  5. Semua penyertaan hendaklah dihantar kepada pihak penganjur pada atau sebelum 18 Jun 2010
Hadiah bagi pertandingan blog kepenggunaan - terbuka kepada sekolah menengah/ipta/swasta/ maktab/kolej
Bagi Kategori A: Sekolah Menengah
  1. Hadiah Pertama: RM 1,500.00 dan sijil penyertaan
  2. Hadiah Kedua: RM: 1,000.00 dan sijil penyertaan
  3. Hadiah Ketiga: RM 750.00 dan sijil penyertaan
  4. 10 hadiah sagu hati: RM 200.00 dan sijil penyertaan
Bagi Kategori B: IPTA/Swasta/ Maktab/ Kolej
  1. Hadiah Pertama: RM 2,000.00 dan sijil penyertaan
  2. Hadiah Kedua: RM 1,500.00 dan sijil penyertaan
  3. Hadiah Ketiga: RM 1,000.00 dan sijil penyertaan
  4. 10 hadiah sagu hati: RM 200.00 dan sijil penyertaan