Pages


>

Wednesday, July 21, 2010

Hak Mendapat Keselamatan

Pengguna berhak mendapat jaminan bahawa barang dan perkhidmatan yang ditawarkan adalah selamat dan tidak membahayakan kesihatan pengguna.

Pengeluar bertanggungjawab untuk menjual barang dan perkhidmatan yang selamat dan tidak membahayakan kesihatan pengguna. Pengeluar juga perlu menyediakan panduan atau arahan untuk menggunakan sesuatu produk yang dikeluarkan.
Pengguna pula harus bijak memilih barangan dan perkhidmatan yang selamat digunakan. Pengguna perlu juga memastikan bahawa barang-barang  keluaran tempatan ada tanda atau logo SIRIM untuk menjamin keselamatan barang yang dibeli.

Terdapat juga pengeluar yang mementingkan keuntungan tanpa berfikir keselamatan pengguna. Ada juga pengeluar yang mengeluarkan barang yang boleh mendatangkan kemudaratan terhadap kesihatan pengguna.
Bagi menjamin keselamatan pengguna, kerajaan telah menggubal undang-undang iaitu Akta Elektrik 1973 dan Ordinan Menjual Makanan dan Dadah 1952 (pindaan 1983).

Akta Elektrik 1973
-Keselamatan pengguna dalam penggunaan alatan elektrik merupakan hak pengguna dalam akta ini. Barangan elektrik yang dipasang perlu mendapat kelulusan daripada Jabatan Bekalan Elektrik (JBE) terlebih dahulu selain mendapatkan pengesahan daripada SIRIM.

Ordinan Menjual Makanan dan Dadah 1952 (pindaan 1983)
-Dalam ordinan ini, pengguna berhak mendapatkan ubatan atau makanan yang menggunakan bahan kimia yang minimum dalam pembikinannya.


INFO
SIRIM mula beroperasi pada tahun 1996
dengan misi untuk membantu pengusaha
meningkatkan daya saing menerusi penyelidikan
dan pembangunan dalam bidang teknologi dan kualiti.
Logo SIRIM Malaysia

Saturday, July 10, 2010

Perangkap Hutang- JAUHI!!!

Hutang bukan sesuatu yang baik, bukan juga sesuatu yang buruk. Ia bergantung dengan cara Pengguna menggunakannya. Jika pengguna terlalu bergantung kepada hutang pengguna berkemungkinan akan memasuki "perangkap hutang" atau dalam cara lain pengguna terpaksa bertungkus lumus untuk melangsaikan hutang. Pengguna mungkin akan tinggal dalam keresahan disebabkan hutang yang terlalu banyak!

Adakah saya terperangkap di dalam "perangkap hutang"?
Anda termasuk dalam "perangkap hutang" sekiranya:-

  • Bahagian gaji bersih Pengguna bagi membiayai hutang semakin meningkat. Maknanya gaji anda terpaksa digunakan untuk membayar hutang.
  • Pengguna sentiasa lewat membiayai hutang.
  • Pengguna hanya dapat membayar balik amaun minimum bagi pinjaman peribadi dan kredit.
  • Pengguna sentiasa meminjam wang daripada rakan karib atau keluarga.
  • Banak menghubungi Pengguna kerana lewat membayar hutang.
  • Pengguna sentiasa risau hal kewangan.
  • Pengguna tidak dapat menyimpan wang.
  • Pengguna kerap kali menjual aset lain.
Kad Kredit merupakan salah satu punca seseorang terperangkap dalam "Perangkap Hutang"

Buat pengetahuan, 'Perangkap Hutang" bukan sesuatu yang datang secara tiba-tiba, ia merupakan proses yang berlaku secara perlahan-lahan.
Pengguna harus membina tabiat berbelanja dan meminjam dengan baik agar tidak terperangkap.