Pages


>

Wednesday, July 21, 2010

Hak Mendapat Keselamatan

Pengguna berhak mendapat jaminan bahawa barang dan perkhidmatan yang ditawarkan adalah selamat dan tidak membahayakan kesihatan pengguna.

Pengeluar bertanggungjawab untuk menjual barang dan perkhidmatan yang selamat dan tidak membahayakan kesihatan pengguna. Pengeluar juga perlu menyediakan panduan atau arahan untuk menggunakan sesuatu produk yang dikeluarkan.
Pengguna pula harus bijak memilih barangan dan perkhidmatan yang selamat digunakan. Pengguna perlu juga memastikan bahawa barang-barang  keluaran tempatan ada tanda atau logo SIRIM untuk menjamin keselamatan barang yang dibeli.

Terdapat juga pengeluar yang mementingkan keuntungan tanpa berfikir keselamatan pengguna. Ada juga pengeluar yang mengeluarkan barang yang boleh mendatangkan kemudaratan terhadap kesihatan pengguna.
Bagi menjamin keselamatan pengguna, kerajaan telah menggubal undang-undang iaitu Akta Elektrik 1973 dan Ordinan Menjual Makanan dan Dadah 1952 (pindaan 1983).

Akta Elektrik 1973
-Keselamatan pengguna dalam penggunaan alatan elektrik merupakan hak pengguna dalam akta ini. Barangan elektrik yang dipasang perlu mendapat kelulusan daripada Jabatan Bekalan Elektrik (JBE) terlebih dahulu selain mendapatkan pengesahan daripada SIRIM.

Ordinan Menjual Makanan dan Dadah 1952 (pindaan 1983)
-Dalam ordinan ini, pengguna berhak mendapatkan ubatan atau makanan yang menggunakan bahan kimia yang minimum dalam pembikinannya.


INFO
SIRIM mula beroperasi pada tahun 1996
dengan misi untuk membantu pengusaha
meningkatkan daya saing menerusi penyelidikan
dan pembangunan dalam bidang teknologi dan kualiti.
Logo SIRIM Malaysia

Saturday, July 10, 2010

Perangkap Hutang- JAUHI!!!

Hutang bukan sesuatu yang baik, bukan juga sesuatu yang buruk. Ia bergantung dengan cara Pengguna menggunakannya. Jika pengguna terlalu bergantung kepada hutang pengguna berkemungkinan akan memasuki "perangkap hutang" atau dalam cara lain pengguna terpaksa bertungkus lumus untuk melangsaikan hutang. Pengguna mungkin akan tinggal dalam keresahan disebabkan hutang yang terlalu banyak!

Adakah saya terperangkap di dalam "perangkap hutang"?
Anda termasuk dalam "perangkap hutang" sekiranya:-

  • Bahagian gaji bersih Pengguna bagi membiayai hutang semakin meningkat. Maknanya gaji anda terpaksa digunakan untuk membayar hutang.
  • Pengguna sentiasa lewat membiayai hutang.
  • Pengguna hanya dapat membayar balik amaun minimum bagi pinjaman peribadi dan kredit.
  • Pengguna sentiasa meminjam wang daripada rakan karib atau keluarga.
  • Banak menghubungi Pengguna kerana lewat membayar hutang.
  • Pengguna sentiasa risau hal kewangan.
  • Pengguna tidak dapat menyimpan wang.
  • Pengguna kerap kali menjual aset lain.
Kad Kredit merupakan salah satu punca seseorang terperangkap dalam "Perangkap Hutang"

Buat pengetahuan, 'Perangkap Hutang" bukan sesuatu yang datang secara tiba-tiba, ia merupakan proses yang berlaku secara perlahan-lahan.
Pengguna harus membina tabiat berbelanja dan meminjam dengan baik agar tidak terperangkap.


Monday, June 28, 2010

Perancangan Kewangan Secara Bijak Bagi Pelajar

Hampir setiap kanak-kanak mendapat wang saku daripada ibubapa mereka sebagai bekalan ke sekolah. Namun tidak ramai kanak-kanak yang tidak bijak mengurus wang yang telah diterima.

Berikut adalah beberapa perancangan yang boleh dilaksanakan untuk mengurus wang:

  • Rancang perbelanjaan.
 Sentiasa merancang kewangan apabila menerima wang perbelanjaan/ Perbelanjaan secara terancang merupakan amalan yang boleh menjamin masa hadapan yang cerah. Rekodkan jumlah wang saku yang diterima dan rekod juga perancangan perbelanjaan. Cuba sedaya upaya untuk berjimat semasa berbelanja.

  • Belanja Dengan Bijak.
Cara belanja dengan bijak bermakna berbelanja apabila perlu dan membeli barang yang perlu sahaja.
Jangan meminjam wang daripada sesiapa.
Jangan berbohong kepada ibubapa semata-mata ingin mendapatkan wang.
Jangan minta sesuatu yang diluar kemampuan ibubapa.

  • Pastikan Sentiasa Mempunyai Wang Ditangan.
Elakkan berbelanja sehingga wang ditangan habis. Hal ini demikian kerana wang perlu digunakan bila-bila masa sahaja.

  • Menyimpan Wang Di Tempat Selamat.
Bank merupakan institusi penerima simpanan yang selamat di samping dapat memberi faedah daripada wang yang disimpan. Minta bantuan guru atau ibubapa untuk membuka akaun simpanana.

  • Melabur Wang Untuk Mendapatkan Pulangan.
Jumlah wang disimpan di bank akan bertambah nilainya apabila bank memberi faedah kepada penyimpan wang.



Tabung merupakan cara paling mudah untuk menyimpan wang.

Tuesday, June 22, 2010

Panduan Untuk Menggunakan Kredit Secara Bijak

  • Buat tinjauan ke atas bebrapa sumber kredit untuk mendapatkan kos kredit yang terendah.
  • Pastikan anda benar-benar mampu memenuhi tanggungan kewangan yang angkat berbangkit.
  • Gunakan kredit secara bijaksana iaitu dengan membeli barangan utama seperti pembelian rumah.
  • Baca kontrak dengan teliti sebelum menandatanganinya.
  • Jangan tandatangan kontrak kosong.
  • Pastikan anda meminjam dari  pemberi pinjaman wang yang berlesen.
  • Pinjam pada jumlah yang terendah yang anda perlukan bukan semaksimum yang ditawarkan peminjam.
  • Jika anda membeli secara kredit, pastikan anda mendapat mutu barang yang sama jika anda membeli secara tunai.
  • Pastikan anda akan diberitahu mengenai apa-apa bayaran tambahan.
Salah satu contoh kredit iaitu Kad Kredit

untuk maklumat lanjut mengenai Biro Kredit, anda boleh melayari laman web ini. KLIK

Sunday, June 20, 2010

Selamat Hari Bapa

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
-Pengguna Bijak- dengan sukanya mengucapkan Selamat Hari Bapa buat semua bapa di seluruh dunia.
Semoga bapa sekalian dipanjangkan umur dah sihat selalu.

Sunday, June 6, 2010

Hak Mendapat Ganti Rugi

Pengguna mempunyai hak untuk menuntut ganti rugi daripada penjual jika diberi barang atau perkhidmatan yang rosak, busuk, tidak bermutu, dan luput tarikh. Penjual harus memberi ganti rugi jika barang atau perkhidmatan yang dibeli mengakibatkan kerugian atau keburukan kepada pengguna seperti masalah kesihatan dan sebagainya.

Ganti rugi akan diberi dalam bentuk:-
  • Barang yang sama jenis.
  • Barang berlainan jenis tetapi mempunyai harga yang sama.
  • Memulangkan harga yang dibayar kepada pengguna.
Sebagai pengguna, kita perlu menyemak tarikh luput sesuatu barang sebelum membelinya agar kita tidak akan membuang masa untuk kembali ke pasaraya tersebut. Penjual juga perlu sentiasa prihatin dengan menyemak tarikh luput barang-barang yang dijual.
Semak tarikh luput sebelum membeli.


Rujuk Hak Bersuara untuk lebih maklumat

Thursday, May 27, 2010

Hak Mendapat Pendidikan Kepenggunaan

Pengguna perlu diberi panduan untuk mengetahui hak mereka.
Pendidikan kepenggunaan membolehkan pengguna menjadi lebih rasional dan bijak dalam membuat pilihan selain dapat memperluaskan pengetahuan dan kemahiran. Pembaziran dari segi wang dan barang tidak akan berlaku sekiranya pengguna mempunyai ilmu yang mencukupi. Pengguna juga akan bijak memilih barang yang bermutu.



Pengguna boleh mendapatkan pendidikan kepenggunaan melalui bengkel, media massa, pameran atau seminar dan ceramah. Buku 'Panduan Pengguna'  keluaran Kementerian perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna merupakan salah satu sumber maklumat mengenai kepenggunaan.

Masyarakat moden hari ini sentiasa peka terhadap hak mereka sebagai pengguna. Namun, terdapat juga segelintir masyarakat yang masih jahil terhadap hak mereka sebagai pengguna.
Terdapat pelbagai cara boleh dilakukan untuk menilai tahap kesedaran masyarakat masyarakat terhadap hak mereka untuk mendapatkan maklumat.
Antaranya ialah:-

  • Membuat Soal Selidik.
 Soal selidik boleh dibuat untuk mengetahui sama ada masyarakat sedar akan hak mereka sebagai pengguna.

    Soal selidik.
  • Mengadakan Ceramah berkaitan Kepenggunaan
Ceramah boleh diadakan untuk mengetahui sama ada masyarakat berminat untuk mendapat maklumat berkaitan kepenggunaan seperti konsumerisme. Bilangan pendengar yang hadir apat dijadikan ukuran.

Ceramah yang diadakan dapat mengukur tahap kesedaran masyarakat.