Pages


>

Wednesday, July 21, 2010

Hak Mendapat Keselamatan

Pengguna berhak mendapat jaminan bahawa barang dan perkhidmatan yang ditawarkan adalah selamat dan tidak membahayakan kesihatan pengguna.

Pengeluar bertanggungjawab untuk menjual barang dan perkhidmatan yang selamat dan tidak membahayakan kesihatan pengguna. Pengeluar juga perlu menyediakan panduan atau arahan untuk menggunakan sesuatu produk yang dikeluarkan.
Pengguna pula harus bijak memilih barangan dan perkhidmatan yang selamat digunakan. Pengguna perlu juga memastikan bahawa barang-barang  keluaran tempatan ada tanda atau logo SIRIM untuk menjamin keselamatan barang yang dibeli.

Terdapat juga pengeluar yang mementingkan keuntungan tanpa berfikir keselamatan pengguna. Ada juga pengeluar yang mengeluarkan barang yang boleh mendatangkan kemudaratan terhadap kesihatan pengguna.
Bagi menjamin keselamatan pengguna, kerajaan telah menggubal undang-undang iaitu Akta Elektrik 1973 dan Ordinan Menjual Makanan dan Dadah 1952 (pindaan 1983).

Akta Elektrik 1973
-Keselamatan pengguna dalam penggunaan alatan elektrik merupakan hak pengguna dalam akta ini. Barangan elektrik yang dipasang perlu mendapat kelulusan daripada Jabatan Bekalan Elektrik (JBE) terlebih dahulu selain mendapatkan pengesahan daripada SIRIM.

Ordinan Menjual Makanan dan Dadah 1952 (pindaan 1983)
-Dalam ordinan ini, pengguna berhak mendapatkan ubatan atau makanan yang menggunakan bahan kimia yang minimum dalam pembikinannya.


INFO
SIRIM mula beroperasi pada tahun 1996
dengan misi untuk membantu pengusaha
meningkatkan daya saing menerusi penyelidikan
dan pembangunan dalam bidang teknologi dan kualiti.
Logo SIRIM Malaysia

0 comments:

Post a Comment