Pages


>

Monday, June 28, 2010

Perancangan Kewangan Secara Bijak Bagi Pelajar

Hampir setiap kanak-kanak mendapat wang saku daripada ibubapa mereka sebagai bekalan ke sekolah. Namun tidak ramai kanak-kanak yang tidak bijak mengurus wang yang telah diterima.

Berikut adalah beberapa perancangan yang boleh dilaksanakan untuk mengurus wang:

  • Rancang perbelanjaan.
 Sentiasa merancang kewangan apabila menerima wang perbelanjaan/ Perbelanjaan secara terancang merupakan amalan yang boleh menjamin masa hadapan yang cerah. Rekodkan jumlah wang saku yang diterima dan rekod juga perancangan perbelanjaan. Cuba sedaya upaya untuk berjimat semasa berbelanja.

  • Belanja Dengan Bijak.
Cara belanja dengan bijak bermakna berbelanja apabila perlu dan membeli barang yang perlu sahaja.
Jangan meminjam wang daripada sesiapa.
Jangan berbohong kepada ibubapa semata-mata ingin mendapatkan wang.
Jangan minta sesuatu yang diluar kemampuan ibubapa.

  • Pastikan Sentiasa Mempunyai Wang Ditangan.
Elakkan berbelanja sehingga wang ditangan habis. Hal ini demikian kerana wang perlu digunakan bila-bila masa sahaja.

  • Menyimpan Wang Di Tempat Selamat.
Bank merupakan institusi penerima simpanan yang selamat di samping dapat memberi faedah daripada wang yang disimpan. Minta bantuan guru atau ibubapa untuk membuka akaun simpanana.

  • Melabur Wang Untuk Mendapatkan Pulangan.
Jumlah wang disimpan di bank akan bertambah nilainya apabila bank memberi faedah kepada penyimpan wang.



Tabung merupakan cara paling mudah untuk menyimpan wang.

2 comments:

Husz said...

tabung dulu2 skali simpan dah penuh baru bleh kluarkan, pecahkan tabung. tabung skrg ada penutup, nak amik duit senang gitu je. jd gunalah tabung buluh, penuh baru kluarkan smua g simpan kat bank.

hadri aziz said...

tepat sekali.
bila dah penuh baru bukak yea,

Post a Comment