PERTANDINGAN BLOG KEPENGGUNAAN - Terbuka kepada Sekolah Menengah/IPTA/Swasta/ Maktab/Kolej
Kategori A: Sekolah Menengah
Kategori B: IPTA/Swasta/ Maktab/ Kolej
TEMA : HAK PENGGUNA - Penggunaan tema hendaklah menyentuh 8 HAK PENGGUNA seperti :-
- Hak untuk mendapat keperluan asas
- Hak untuk mendapat keselamatan
- Hak untuk mendapat maklumat
- Hak untuk membuat pilihan
- Hak untuk mendapat ganti rugi
- Hak untuk menyuarakan pendapat
- Hak untuk mendapat pendidikan kepenggunaan
- Hak untuk mendapat alam sekitar yang sihat.
Maklumat untuk membina blog, sila layari www.kkk.org.my, www.fomca.org.my, www.switch.org.my, www.standardsusers.org, www.nccc.org.mySyarat pertandingan blog kepenggunaan - terbuka kepada sekolah menengah/ipta/swasta/ maktab/kolej
- Blog hendaklah menggunakan Bahasa Malaysia sahaja. Sumber atau topik perbincangan boleh menggunakan Bahasa Inggeris.
- Peserta blog hendaklah memuatkan maklumat terkini mengenai isu-isu kepenggunaan
- Blog mengambilkira kekerapan penyertaan/penglibatan daripada orang awam, kreativiti, menarik, penggunaan bahasa, jumlah pelawat dan kumpulan sasaran.
- Peserta blog boleh menghantar alamat blog penyertaan melalui email kepada urusetia@mypengguna.com bersama-sama borang penyertaan pertandingan. Penghantaran maklumat melalui pos juga diterima.
- Semua penyertaan hendaklah dihantar kepada pihak penganjur pada atau sebelum 18 Jun 2010
Bagi Kategori A: Sekolah Menengah
Bagi Kategori B: IPTA/Swasta/ Maktab/ Kolej
- Hadiah Pertama: RM 1,500.00 dan sijil penyertaan
- Hadiah Kedua: RM: 1,000.00 dan sijil penyertaan
- Hadiah Ketiga: RM 750.00 dan sijil penyertaan
- 10 hadiah sagu hati: RM 200.00 dan sijil penyertaan
- Hadiah Pertama: RM 2,000.00 dan sijil penyertaan
- Hadiah Kedua: RM 1,500.00 dan sijil penyertaan
- Hadiah Ketiga: RM 1,000.00 dan sijil penyertaan
- 10 hadiah sagu hati: RM 200.00 dan sijil penyertaan
3 comments:
tarikh tutup ble tu? dah lewat tak?
sudah terlalu lewat
da terlewat la pulak
Post a Comment