Adakah saya terperangkap di dalam "perangkap hutang"?
Anda termasuk dalam "perangkap hutang" sekiranya:-
- Bahagian gaji bersih Pengguna bagi membiayai hutang semakin meningkat. Maknanya gaji anda terpaksa digunakan untuk membayar hutang.
- Pengguna sentiasa lewat membiayai hutang.
- Pengguna hanya dapat membayar balik amaun minimum bagi pinjaman peribadi dan kredit.
- Pengguna sentiasa meminjam wang daripada rakan karib atau keluarga.
- Banak menghubungi Pengguna kerana lewat membayar hutang.
- Pengguna sentiasa risau hal kewangan.
- Pengguna tidak dapat menyimpan wang.
- Pengguna kerap kali menjual aset lain.
| Kad Kredit merupakan salah satu punca seseorang terperangkap dalam "Perangkap Hutang" |
Buat pengetahuan, 'Perangkap Hutang" bukan sesuatu yang datang secara tiba-tiba, ia merupakan proses yang berlaku secara perlahan-lahan.
Pengguna harus membina tabiat berbelanja dan meminjam dengan baik agar tidak terperangkap.