Pages


>

Saturday, July 10, 2010

Perangkap Hutang- JAUHI!!!

Hutang bukan sesuatu yang baik, bukan juga sesuatu yang buruk. Ia bergantung dengan cara Pengguna menggunakannya. Jika pengguna terlalu bergantung kepada hutang pengguna berkemungkinan akan memasuki "perangkap hutang" atau dalam cara lain pengguna terpaksa bertungkus lumus untuk melangsaikan hutang. Pengguna mungkin akan tinggal dalam keresahan disebabkan hutang yang terlalu banyak!

Adakah saya terperangkap di dalam "perangkap hutang"?
Anda termasuk dalam "perangkap hutang" sekiranya:-

  • Bahagian gaji bersih Pengguna bagi membiayai hutang semakin meningkat. Maknanya gaji anda terpaksa digunakan untuk membayar hutang.
  • Pengguna sentiasa lewat membiayai hutang.
  • Pengguna hanya dapat membayar balik amaun minimum bagi pinjaman peribadi dan kredit.
  • Pengguna sentiasa meminjam wang daripada rakan karib atau keluarga.
  • Banak menghubungi Pengguna kerana lewat membayar hutang.
  • Pengguna sentiasa risau hal kewangan.
  • Pengguna tidak dapat menyimpan wang.
  • Pengguna kerap kali menjual aset lain.
Kad Kredit merupakan salah satu punca seseorang terperangkap dalam "Perangkap Hutang"

Buat pengetahuan, 'Perangkap Hutang" bukan sesuatu yang datang secara tiba-tiba, ia merupakan proses yang berlaku secara perlahan-lahan.
Pengguna harus membina tabiat berbelanja dan meminjam dengan baik agar tidak terperangkap.


2 comments:

hidrogen said...

saya setuju 'Pengguna harus membina tabiat berbelanja dan meminjam dengan baik agar tidak terperangkap'

boleh je meminjam tapi meminjamla dengan bijak.

hadri aziz said...

btol hidrogen. sebagai pengguna kita harus bijak dalam segala aspek termasuk ketika ingin meminjam duit

Post a Comment